Monday, May 4, 2009

Ayah Sakit



Sabtu: 25.04.09, tepat kol 7.20 ptg, aku dapat call dari along, ayah warded, sbb stroke. Aku tak tahu nak cakap apa.. terperanjat dan sedih. Aku baru ambik ayah kat KL khamis aritu. Ayah sihat masa tu... cuma dia kate letih sikit. Mungkin sbb jadual kursus tu padat. Aku terus call suami aku. Dia plak kat worksyop..tgh service kereta. Dia suruh kemas apa yang patut, bile dia balik terus bertolak. Aku sampai kampung pukul 12.30malam. Bertolak pun dah lewat sangat... pukul 10.00 dari sini sbb tunggu kereta siap.


Masa sampai rumah, along & akak masih di Hospital. Uruskan ayah & hantar keperluan ayah dan mak. Dia suruh terus balik rumah. Sebab kalau dtg hospital pun bukan dpat masuk tgok ayah. On the way balik.. aku call pakcik-pakcik & makcik2 aku. semua terperanjat bile dengar berita. (Macam mana la keadaan mak skrg ni...??)


Ahad : 26.04.09, Pagi-pagi lagi aku terus ajak along & akak ke Hospital. Tp tak dibenarkan masuk, sbb bukan waktu melawat. Mak jer yg turun jumpa kami kat bawah. Mak menangis peluk aku.... mak sempat bisik kat telinga aku "ayah sakit kak teh... ayah sakit..." Sebak hati aku masa ni...Aku ajak mak balik mandi, makan & berehat sekejap kat rumah, biar along gantikan mak jaga ayah sekejap. Tapi mak tak nak. Mak kate dia x nak tinggalkan ayah. Mak suruh balik dulu & datang balik waktu melawat tgh hari nanti. Mak kate ayah nak makan sup. Balik tu aku cepat2 masak kan ayah sup ikan. Tgh hari tu masa waktu melawat aku bawak kan utk ayah. Ayah kate sedap... Tp tak sama macam mak buat. Mak terus menangis...


Aku sedih tgok ayah.. macam tak percaya.. ayah cuma terbaring dan badan sebelah kanan dia tak leh bergerak... ayah sihat masa aku ambik hari khamis lepas... Ayah pun menagis bile tgok smua anak2, cucu2, dan adik beradik dia kat keliling katil. Habis waktu melawat, aku bawak mak balik, biar mak berehat. Sementara tu adik gantikan mak jaga ayah sampai ptg. Sampai rumah, mak kate dia nak tidur sekejap. Dia mengantuk sangat.


Pukul 4.00ptg kami bersiap utk ke Hospital lagi. Adik pun dah call, ayah xnak makan & minum selagi mak tak sampai. Kelam kabut mak bersiap. Mak su pun terus ke Hospital ptg tu. Ptg tu, doktor kate esok ayah kene refer ker pakar kat Hospital Muar untuk scan kepala dan xray. Semua bergantung pada keadaan ayah, sama ada trus transfer ker sana atau balik semula ke segamat.

isnin : 27.04.09, Pagi2 mak dah call. Malam tu rupanya ayah kene tukar ward, sbb ayah kene ready utk ke Hospital Muar. Ada pula org meninggal sebelah katil ayah. Mak takut sngat mak cakap. Along, akak & acik terus ke hospital. Pukul 9.00 pg ambulans bawak ayah ke Muar. Along, akak & Acik follow dengan kereta. Tp sempat hantar mak balik rumah dulu, biar mak berehat. Mak kate ayah menangis sedih bile kene pakai pampers... mak pun x tahan sedih tengok. (Ya allah.... sembuhkan lah ayah seperti sediakala...).


Selasa : 28.04.09, Ayah dah discharge. Pakcik untuk urut ayah mmg dah standby. Hari ni hari pertama dia urut ayah. Kesian tgok ayah masa kene urut tu. Dia kate sakit... Tp kami cakap ayah kene kuat semangat. Semua ada di samping ayah. Terutama mak... Aku call boss untuk ambik cuti seminggu untuk jaga ayah. Boss pun kate ok. Suami aku dgn adik dah balik malam tadi. Adik mesti ke sekolah. Tak boleh cuti lama-lama. Tahun ni dia SPM. Suami aku pun bnyak kerja. Dia pun kate biarlah aku dgn Zara tinggal jaga ayah dan mak. Sabtu nnti dia balik ambik.



Ayah, masa kene urut

Setia seorang isteri....Ni masa Mak tgh bagi ayah makan...

Ni la Nurse kecik yang merawat atuk dia.... Suka betul dia dok bedak kan badan atuk...

Ni tgh suapkan atuk makan.... Aku suruh dia makan, dia bg kat atuk plak... adess...

Ni tgh bedak kan perut atuk... sampai macm tgu skali...??!! Dasat kan...

Nenek nak bagi makan pun tak boleh.. dia ajer yg boleh dekat dgn atuk....


Ni macam biasa la... kerja dia hari2 bedak kan perut atuk...

Macam-macam gaya.. tp ayah aku terhibur dgn Nurse kecik ni.... Hilang rasa sakit dia..


Sayang atuk...mmuahhs....

Nak minum susu, tgok tv, tdo semua dgn atuk... layannn.....

tu tgh ngantuk... jap lagi tertido la tu kat atuk dia....

Seminggu aku kampung, anak aku la yang buat atuk tersenyum. Masa nak balik tu ayah macam sedih. Yerlah kan.. seminggu di rawat Nurse kecik. Ni nurse dah balik, tinggal Nurse Garang... (mak aku la tu... hihihi.....).
Apapun aku berdoa ayah kembali pulih macam biasa. Ahad nak balik tu pun nmpak dah ada improvement. Ayah dah boleh berdiri sendiri. Tp x bleh lama la.... nak melangkah pun lom boleh lagi. Tangan pun ayah nak boleh angkat, cuma nak mengenggam x leh.
Semalam telephone mak, mak kate nmpak ayah semakin sihat. Alhamdulilah.....!!! Moga ayah cepat2 sihat... amiiinn....

*Terima kasih atas doa dari teman-teman...