Monday, May 25, 2009

Kenduri Kahwin lagi..


Tiap-tiap minggu makan nasik minyak. Jangan naik minyak sudah... hehehe... Ahad lepas majlis persandingan sepupu husband aku kat Kapar, Klang. Panas betul perjalanan pergi & balik. Panas-panas camnih rasa xnak keluar rumah. Nak dok jerk dalam umah diam-diam....
Bertolak dari umah kol 11.30pagi... Ni kire rombongan perempuan ke rumah lelaki. 6 bijik kereta pelbagai jenis follow. Sampai sana kol 12 lebih... dekat2 kol 1 laa..... Menu special kat kenduri ni cendol. Walaupun batuk lom baik, kerana panas terik. 2 mangkuk cendol aku makan. hehehe..... Takpe, balik nanti makan ubat....

Kenduri ni rupanyer ada 2 pasang pengantin... jarang-jarang aku jumpa sebenarnya. Pahtu ada acara baling-baling duit ngan gula-gula. Acara ni pun dah lama aku tak jumpa. Masa kecik-kecik jer dulu. hehe....nampak sangat jarang gi kenduri kahwin.
Ada cerita pasal acara baling-baling nih... masa kecik-kecik dulu aku tak suka betul acara baling-baling ni. Dah la kene rebut-rebut. Pahtu kadang2 pengantin ni baling kene kat kepala. Penah aku baling balik gula-gula yang kene kat aku tu kat pengantin... teruk kan???? masa tu aku tgh marah kat mak.. aku x nak ikut dia gi kenduri, sbb nak tgok tv kat umah. Tp dia marah2 suruh ikut gak... bile dah kene kat kepala, hati ni naik marah la.... nasib la pengantin tu kene baling balik dgn aku. Tp tak kene muka dia.. kene kat badan dia jer..... hahahha.. Pada aku kalau nak bagi duit dgn gula-gula tu kat budak-budak x yah la baling2... bagik jer elok2.... kan ker lebih baik?? am i right my frend????



Ni la barisan penagntin tu...

Yg pompuan ni sepupu husband aku...

Ni adik pengantin lelaki... pengantin pompuan tu asyik pegang tisu jer... nangis kot.. hehehe


Tahniah Linda & Yazid... Selamat Pengantin Baru..


Ni arr acara baling2 tu..... bukan main suka lagi dia baling...


sepasang moncong.. sepasang lagik suka tak ingat.. hehhe....


Hujung minggu ni pun ada kenduri kahwin lagi kat umah pakcik aku kat Ampang ngan jiran sblah rumah. Mana la aku nak gi nih???? Adessss.........


No comments:

Post a Comment