Monday, June 29, 2009

MaJLis PerSanDinGaN










27.6.09 : Majlis persandingan adik ipar tersayang..... huhuhu.. sayang la sngat...~hahaha~


Bertolak dari Bangi pukul 8.00 pagi, bersama 7 buah kereta pengiring. Sampai ke Lanchang, Pahang jam 10.30 pagi... terus dengan majlis pernikahan. Kalut gak aku tgok muka adik ipar aku tu.. Tapi alhamdulilah semua nya berjalan lancar.


Pukul 2.00 ptg, majlis persandingan. Meriah jugak arr... teringat masa jadi pengantin dulu2.. Hahaha....

Malas lak nak menaip hari ni.. sebab setelah bercuti 2 hari.. bnyak keje nak buat.. Ni ada beberapa gambar masa majlis tersebut untuk tatapan. Next entry aku upload lagi gmbar2 masa majlis tu...



Pengantin nak isik minyak.. masa on the way nak gi.... dia drive sendiri tau.. Hahahha...




Majlis pernikahan



"Selamat Pengantin Baru to


Wafi @ Abom & Eza..."


*tersalah set date kat camera... tu yg tarikh dia lain macm tuh..

Thursday, June 25, 2009

Today is..

Selamat Hari Khamis... Huhuhu... Best nyer lepak kat umah dengan my lovely Zara...
Untuk Kawan-kawan Selamat Bertugas...!!!




* Jgn jeles tau Kak pu3.. Kasi chan Nolie melepak japs..huhuhu

Wednesday, June 24, 2009

Anugerah Tuhan

Nur Zara Raihana bt Mohamad Asmy, Anugerah Tuhan paling bermakna dalam hidup aku dan suami. Juga buah hati Mak mertua aku, juga ayah & Mak aku kat Segamat. 2 bulan selepas Majlis pernikahan, aku disahkan mengandung dan hati ni tak sabar nak menunggu kelahiranya. Tapi masa aku mengandung 7 bulan setengah, doktor kate aku kene darah tinggi. Kalau ikut history family aku takde yg darah tinggi. Tp doktor kate mungkin sbb aku stress, x cukup rehat dan banyak berfikir. Mmg pun... masa tu, aku stress.. asyik dok fikir macam mana la bersalin nanti. 1st time la katakan.

Selama seminggu, aku kene perintah mengadap doktor setiap pagi sebab dia nak monitor BP aku. Cukup seminggu dia terus keluakan surat untuk aku kena tahan Wad. Adess.. Lagi Cuak aku masa tu. dah la tak pernah tido spital. Menangis gak la aku bile husband aku balik tinggalkan aku sorang2... Hua huaaa hua.... Hari ke3 kat hopsital tu, doktor kate, BP aku x stable kejap naik kejap turun. Mana tak nyer.. tension tau dok spital nih....Doktor decide untuk aku bersalin jugak. Tgah hari aku kene induce.. Sakit tau.... Sakit nyer sampai ke malam. Tp masih xder tanda2 aku nak bersalin.

Hari ke4 dok spital, lepas subuh tu sekali lagi kene induce. Sakit kali ni macam nak tertanggal perut aku. Pukul 11.00 doktor kate dah ada tanda2 aku nak bersalin. pukul 12 tgh hari aku di tolak ke Labour Room, dan aku selamat melahirkan bayi perempuan yang comel walaupun belum cukup bulan. Suami aku terus peluk aku dan baby selepas aku selamat bersalin... Uhhh.. touching...


Sekarang buah hati aku dah setahun enam bulan. Makin comel, makin bnyak cakap dan bijak sangat... Kalau gi keje tak sabar nak tunggu balik.. Nak jumpa my moonlight Zara ni... mmmuahhss sayang anak ibu....


Cuma.....
Kadang-kadang hati ni terasa jugak bile ada yang complain anak aku kecik la... itu la, ini la...
Nak buat macam mana dah mmg dia kecik. Lahir pun sekilo lebih jer. Tapi alhamdulilah dia sihat dan cukup sifat. Ada yang kata "Mak bapak gemuk anak kecik jer..." Ada plak yang cakap "Kenapa kecik sangat ni... ibu x bagi makan yer??" Peeerrgghh... dorang2 ni cakap x fikir ke perasaan orang lain. Kalau ikut hati mmg aku nak berbalas pantun dah.... Tp aku berjaya manahan nafsu marah yang meledak-ledak dalam hati aku ni. Kalau nak kata aku tak bagi makan... Tahu tak berapa harga setin susu untuk anak aku ni?...Tiga angka tau 1 tin. Tahu tak yang setiap bulan aku bawak ke specialist sbb doktor monitor berat badan dia. Sedangkan doktor pun x complain apa2. Doktor kata, anak aku sihat dan bijak.


Aku lagi nak yang terbaik untuk anak aku. Dorang2 ni tahu nak complain jerk... Mungkin dulu citer2 nak jadi Juri Awam tapi x kesampaian. Huhu...
Untuk kawan-kawan yang dah ada anak tu, juga untuk aku sendiri marilah kita sama-sama jaga anak-anak kite, biar dia jadi anak yang berguna untuk Agama, Bangsa dan Negara.. Amin... Untuk yang masih belum dan masih merancang, anak tu Anugerah Tuhan yang paling bermakna dalam hidup.. jgn kite sia-siakan kehadiranya. Dia juga lah nanti yang akan membela dan menjaga kita di hari tua nanti. Insyaallah.....!!!
Selamat hari Bapa untuk ayah.. Semoga ayah lebih sihat dari hari ini. Kakak tak dapat balik untuk smbut bersama. Tapi hujung Julai nanti kakak ambik cuti panjang bawak Zara balik untuk jaga ayah. Ayah mesti rindu sangat kat dia.... Zara baru baik demam. Rupanya tumbuh gigi lagi... Tunggu tau ayah..!!!


Zara masa 11 bulan

Zara Latest.. (Minggu Lepas)

Masa balik Kampung bulan 4 hari tu..


Zara Latest.. Suka melaram (Ahad lepas)

Kat Genting bulan 4 hari tu..

Zara 10 bulan...


Zara 1 tahun 5 bulan... comel kan?



Apa pun, aku bersyukur Tuhan Anugerahkan aku dan suami, Permata yang tak ternilai harganya. Moga Zara jadi anak yang bijak pandai & akan jaga Ibu dan abah nanti.... Ibu sayang sngat kat Zara.... Sabtu ni kite gi jalan2 k...mmmuaahhss...

Tuesday, June 23, 2009

Raja Buah


Durian merupakan “Raja Buah” di kalangan buah. Nama saintifik bagi durian ialah Durio Kutejensis. Pokok buah durian yang tua berketinggian 100 kaki manakala pokok durian yang muda berketinggian kira-kira 20-30 kaki. Buah durian mempunyai permukaan kulit yang berduri. Ada sesetengah buah durian yang berwarna hijau kekuningan manakala sesetengah yang lain berwarna hijau keperang-perangan. Terdapat beberapa jenis buah durian yang dikenal pasti iaitu nasi kunyit, emas kertas, hutan, kucing tidur, gula batu, jantung. “Ripan anghe” dan “Ohiop”. Kesedapan isi buah durian mengikut kepada jenis buah durian itu sendiri. Isi durian juga berwarna kuning keemasan. Pokok durian mengambil masa 7 tahun untuk mendapatkan buahnya. Untuk mendapatkan buah yang baik, kita perlu menanamnya di kawasan berbukit. Biasanya berat durian mencapai 1 hingga 2 kilogram.

cam kenal jer model ni kan??!!! (haha..)

Air kosong yang diisi di dalam pangsa durian boleh diminum kerana habuk isinya yang tertinggal di dalam pangsa boleh menyekat rasa panas apabila kita memakannya. Selain itu, musim buah durian sama dengan musim buah rambutan iaitu bulan Mei, Jun dan Julai. Biji buah durian juga boleh ditanam dan mengambil masa yang lama untuk tumbuh, manakala biji buah durian kahwin mengambil masa yang singkat untuk tumbuh.

Hahha.. Info what?!! Tambah pegetahuan. Pu3, Ibuhani ngan danishumaira semua citer pasal durian... aku pun nak citer gak. Aku ni mmg hantu durian. Dulu kat kampung, sarapan pun aku makan durian. Ni setelah 2 tahun aku pantang makan durian. Musim kali ni aku x kan sia-siakan. Masa musim durian 2oo7 aku pregnant. Mak mertua aku bagi makan seulas jer. Itupun perut aku memulas-mulas lepas makan. Tahun lepas plak, anak aku masih breastfeed. Aku masih lagi menahan diri... tapi tahun ni, tak tunggu lama. Mak mertua baru letak jer kat dapur, aku dh suruh suami aku kopek..., sebijik tu aku boleh abiskan sorang2.. Haha.. buruk lantak betul....!!! Zara memula takut tgok durian. Yer lah kan baru 1st time dia tgok pahtu berduri-duri plak... aku ajak gak dia makan. Barulah dia berani sket. Itupun duduk jauh2...Pahtu aku ajar minum air dalam pangsa... tak nak berenti lak dia minum.. adessss....!!!

Monday, June 22, 2009

Back for Good


Sibuk dengan tugas harian membuatkan aku tak ingat nak update blog. Tapi untuk hilangkan stress sambil2 buat keje tu, aku layan facebook. Bukan tak banyak cerita, tp tak ada idea yang nak di curahkan. Tapi hari ni, bile Puteri Bongsu dah bagi reminder.. kene la touch up sket.. sbelum dia bagi Vacum.. tak pun sarang spider. Hahaha....

Ok, my schoolmate Shamsul @ Pengawas Jahat... (hahahha) planning for Re-Union High Scholl Segamat Batch 1997. Bestnye dapat jumpa kawan2 lama yang dah 10 tahun lebih x jumpa. Cadangan nyer early of August, tp ramai yang x nak sbb short notice. Lagipun masih x dapat nak gatherkan semua lagi. Yer lahkan semua dah ada commitment. So, di tunda sampai December tahun ni. Tempat pun masih lagi dalam Survey... Good job my frend, aku tolong ko part contact. Ko siapkan Invitation & Survey jer...

Minggu ni pun sibuk sngat. Kalau boleh nak settle kan keje yg bertimbun atas meja ni. Tak tahu kenapa skrg ni... macam x effective dan productive jerk nak gi keje mahupun buat keje. Nak kata malas, tak jugak...Tapi boleh tahan laa.. Uhukkk..

Tahniah to Kak Aida for Promotion, dan akan transfer ke UniKL Mestech on 1st July. Untuk Farewell kite2 ni (Geng2 Kutu2...hehehe...), kalau decide on Friday... I'm very2 sorry tak dapat join the party. Tapi kalau hari lain. Insyaallah... mmg nak join sangat... Cuma date tu (26th June), Mak mertua ada buat kenduri. Kan ke menantu kesayangan nih... kene la buat2 sibuk... Ahakss...


27hb ni.. nak ke Pahang.. for majlis pernikahan Adik Ipar @ Abom. So, Khamis dan Jumaat tu ambik cuti sbb ada kenduri & preparation saat2 akhir. Aku kan coordinator part Hantaran nih.. Hahaha...

Belows is gambar2 masa breakfast dgn Geng2 seKUTU @ Geng2 BLOGGER. Lynn arr.. kate aku pakai Hp baru... dia nak test Camera....Uiisshhhkk lom lagi laaa Lynn.. ti dapat duit kutu bulan ni aku TRANSFORM la Hp baru... huhuhu.... Tp list barang2 nak beli dah melebihi duit kutu yg aku dapat. Cemana tu???!! Hahha... Lu pk sendiri la...

Ibu hani & danishumaira.. cewahh cewahh...


tak puas hati tu... mtk snap sekali lagi.... hahahha

Putri Bungsu & Me! (sy dh update tau kak...!!)



Hahaha.. aku nyuruk blakang ko... biar nmpak kecik sket ar....



Exa & Ct Sue... (hambooii kak sue... golak yoo...!!)


Ok la... untuk semua kawan2.. Moga kite diberi kesihatan dan dijauhkan dari semua penyakit... Aminn..!!!

Bukan apa.. bnyak sngat penyakit sekarang nih.. ngeri plak haku... Nama plak pelik2 lak tu... Adessss......



*Zaidah Zass x sabar nak pakai Mask dah... hehehe.. Ti nolie carik yg sesuai...

*My Ex-roomate Fitriya.. Selamat Pulang dari Umrah & Egypt.. Bestnyer dah sampai sana....

Friday, June 12, 2009

errmmm....Nak try2 jer..


Salammm....


Kak Is kate.. Jgn "Silent", dia suruh update. Takut bersawang cam blog dia.. Hahaha... Spider dah buat sarang berlingkar-lingkar dah.... Kak Ina pun kate, Jangan "Silent" lama-lama nanti bisu. Hehehe... Bukan apa.. Seronok dok diam2 nih... Leh la tgok gelagat2 org... Boleh tgok mana kawan.. mana lawan... huhu..... (layaaaaannnnnn....)


So, dari kebisuan tersebut.. ku update kan lah blog ku dgn kisah2 sepanjang kebisuan tu. Aku sibuk sket sebenarnyer.... Ada tempahan untuk gubahan hantaran. So, malam bile balik keje.. tu la keje aku... Bukan la cantik sngat. Tapi ada org percaya dgn kebolehan KERAS TANGAN yang aku ada.... aku pun x percaya boleh buat sebenarnyer..... Kat bawah ni hasil Keras tangan yg tgh aku buat skrg ni... Majlis nyer hujung bulan ni..







Ok laaa..... next entry aku letak lagi antara gubahan2 yg aku dah buat untuk tahun ni.... huhu....

Chow..

Tuesday, June 9, 2009

"Silent" for Good


...........................is still Silent and hope for Good...... better......!!!!!

Friday, June 5, 2009

Erti Kawan..


Tak faham dgn Makna "Kawan" dalam "persahabatan"......
huhu... ex-classmate aku kate dah dua hari ni dia tgok aku sentimental jerk... (Bukan sentimental Diana... tp terasa hati...). Betul cakap Lin @ Danishumaira dalam 1 entry dia "Ikhlas ke kite ni berkawan???" Dia mungkin ada maksud dan makna dia tersendiri dalam entry dia tu.
Tapi bagi aku Mmg susah nak dapat kawan susah dan senang.... kawan senang mmg senang nak dapat, dan senang pulak dia pergi bila kite dalam kesusahan. Lumrah hidup namanya. Kena pulak era kemajuan sekarang ni. Yang kekurangan akan ditinggalkan, lagi ditindas tanpa memberi peluang.
Saat ni, email tentang makna kawan yang di forward kan dari "kawan-kawan" yang aku terima ni macam tak der maknenye...
Copy from my email :
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....

kate sedare,
kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAKBULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!

dia tetap kawan....tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan diaselamanye dia ttp kawan aku...itu cara aku berkawan..!!

So, aku rasa aku perlu mengubah persepsi berkawan dalam hidup ni. So, apa yang bermaksud dengan "kawan Baik" mmg tak ada maknanya... Cuma penyedap bunyik jer. Cuma jgn lupa pesanan orang tua-tua : Buat baik berpada-pada.... buat jahat sekali-sekali (hhhaaa..yg ni aku tambah). Huhu...
Chow....!!

Thursday, June 4, 2009

Aku (noLie).. Hahha...




Lidah kukelu dan minda ku membeku
Semangat kuhilang entah ke mana
Dari pagi sehingga malam datang menjelma
Congak posisi diri


Macam – Macam cara tuk kulepaskan raga
Dari berterusan ku disakiti
Engkau yang belagak bagai raja di istana
Jadikan ku sang abdi



Mau saja…Aku melepaskan diri dan terus berlari
Ikut saja…kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja …ku turut kan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi…kamar ku sedia terkunci



Difikir – fikir mengapa harus takut
Sedang asalnya ku yang berkuasa
Biarpun aku (nOLie) bukannya permaisuri
Harga diriku tinggi

Engkau Sekadar datang menumpang saja
Telah terbongkar sifatmu pendusta
Aku yang berlagak bagai raja di istana
Jadikanku sang abdi



Mau saja…Aku melepaskan diri dan terus berbelari
Ikut saja…kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja…ku turut kan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi…kamar kusedia terkunci




Umpama perang Umpan perlu dikorbankan
Demi mencapai maksud dan tujuan ( oh, tujuan )
Perasaanku terpaksa menjadi taruhan
Akhir nanti engkau akan pasti aku tawani ....

Song by : Stacy AF6

(^!^) Likes this song very much....!!

huhu...

Monday, June 1, 2009

Sabtu & Ahad

Gubahan yg berjaya aku siapkan malam tu..


Sabtu & Ahad lepas macam2 cerita. Boleh dikatekan aku mmg x lekat kat umah la... Sian kat Zara kene tinggal dgn ibu. Tp... sesekali Abah jaga apa salahnyer kan??...


Sabtu tu..kol 10 bertolak ke Ampang..(cehh bertolak konon.. cam jauh sangat jer...). Nak gi Ampang, kenduri kahwin kat umah pakcik aku. Kawan aku 1 ofis call my Hubby mtk tolong antar dia ke Cheras sbb Wife dia accident kat sana. Kite org pun mmg lalu sana pun... Nama kawan aku 1 ofis ni aku rahsiakan atas permintaan dia...(aku x cakap pun nama kau tau apis....hahaha).....



Kejadian kemalangan berlaku dekat dengan simpang nak masuk Tesco Cheras tu. Jalan Jammed masa tu... tu yang wife dia terlanggar keter depan tu. Aku lak cam wartawan dok ambik gambar kat tepi jalan tu.. hehe....



Ni la gambar2 masa kemalangan tu... Yg baju merah tu tuan punye kereta. Korang kenal kan?? dia kate kalau nak letak gambar dia tang perut tu tutup sket.. ahaks... (aku cover tau pis perut kau...)



Ptg tu pah balik kenduri, aku ngan adik-adik ipar ke Nilai nak carik barang2 hantaran Abom. Pukul 5.00 keluar umah terus ke Nilai, pahtu ke Putrajaya, Pahtu ke Warta. Sampai umah pukul 10.00 malam. Sian kat Zara... Tp xper.. dari dia ikut.. wat letih badan jer....



Semalam (Ahad) pun Zara kene tinggal sampai kol 10.00 malam. Aku dgn Abom gi carik barang-barang yg x cukup. Kene settle kan jugak dalam minggu ni. Takut x sempat. Sebab lepas ni every weekend packed... Bile dah ada barang ni.. malam2, bile Zara dah tido leh la buat sket2..

Jumaat tu plak Kak Huda datang bawak tudung. Dia kate tinggal 2 helai. Cantik plak yg kaler hitam tu. Tapi harga dia bleh tahan laa.... Aku pun dah xnak beli tudung mahal2 lagi. Konon nyer laa.. Last2 aku ambik jugak. Sebab dah berkenan.. dan selepas berebut dgn boss aku. Hehehe... Masa dalam kereta nak ke ampang sabtu lepas, dalam pada jalan2 jammed tu, aku sempat dok posse tudung baru. Nak bagi boss aku jeles. Hehehe... Jangan marah ehh Kak Maz... Saya dah pakai dahni..



So, ni la model tudung De'Zahra.. hehe...


Ok la.. ni la cerita aku untuk 2 hari lepas... Berjalan tak hengat. Anak pun aku tinggalkan... Sian kat zara. Tapi kalau bawak lagi kesian..... Biralah dia dok kat umah..... Weekend ni plak kene keje Sabtu & Ahad. Sebab Sukan Students. Aku macam biasa la. Committee Refreshment... Sian Kat Zara kene tinggal lagi.... UUwwaaa...