Wednesday, June 24, 2009

Anugerah Tuhan

Nur Zara Raihana bt Mohamad Asmy, Anugerah Tuhan paling bermakna dalam hidup aku dan suami. Juga buah hati Mak mertua aku, juga ayah & Mak aku kat Segamat. 2 bulan selepas Majlis pernikahan, aku disahkan mengandung dan hati ni tak sabar nak menunggu kelahiranya. Tapi masa aku mengandung 7 bulan setengah, doktor kate aku kene darah tinggi. Kalau ikut history family aku takde yg darah tinggi. Tp doktor kate mungkin sbb aku stress, x cukup rehat dan banyak berfikir. Mmg pun... masa tu, aku stress.. asyik dok fikir macam mana la bersalin nanti. 1st time la katakan.

Selama seminggu, aku kene perintah mengadap doktor setiap pagi sebab dia nak monitor BP aku. Cukup seminggu dia terus keluakan surat untuk aku kena tahan Wad. Adess.. Lagi Cuak aku masa tu. dah la tak pernah tido spital. Menangis gak la aku bile husband aku balik tinggalkan aku sorang2... Hua huaaa hua.... Hari ke3 kat hopsital tu, doktor kate, BP aku x stable kejap naik kejap turun. Mana tak nyer.. tension tau dok spital nih....Doktor decide untuk aku bersalin jugak. Tgah hari aku kene induce.. Sakit tau.... Sakit nyer sampai ke malam. Tp masih xder tanda2 aku nak bersalin.

Hari ke4 dok spital, lepas subuh tu sekali lagi kene induce. Sakit kali ni macam nak tertanggal perut aku. Pukul 11.00 doktor kate dah ada tanda2 aku nak bersalin. pukul 12 tgh hari aku di tolak ke Labour Room, dan aku selamat melahirkan bayi perempuan yang comel walaupun belum cukup bulan. Suami aku terus peluk aku dan baby selepas aku selamat bersalin... Uhhh.. touching...


Sekarang buah hati aku dah setahun enam bulan. Makin comel, makin bnyak cakap dan bijak sangat... Kalau gi keje tak sabar nak tunggu balik.. Nak jumpa my moonlight Zara ni... mmmuahhss sayang anak ibu....


Cuma.....
Kadang-kadang hati ni terasa jugak bile ada yang complain anak aku kecik la... itu la, ini la...
Nak buat macam mana dah mmg dia kecik. Lahir pun sekilo lebih jer. Tapi alhamdulilah dia sihat dan cukup sifat. Ada yang kata "Mak bapak gemuk anak kecik jer..." Ada plak yang cakap "Kenapa kecik sangat ni... ibu x bagi makan yer??" Peeerrgghh... dorang2 ni cakap x fikir ke perasaan orang lain. Kalau ikut hati mmg aku nak berbalas pantun dah.... Tp aku berjaya manahan nafsu marah yang meledak-ledak dalam hati aku ni. Kalau nak kata aku tak bagi makan... Tahu tak berapa harga setin susu untuk anak aku ni?...Tiga angka tau 1 tin. Tahu tak yang setiap bulan aku bawak ke specialist sbb doktor monitor berat badan dia. Sedangkan doktor pun x complain apa2. Doktor kata, anak aku sihat dan bijak.


Aku lagi nak yang terbaik untuk anak aku. Dorang2 ni tahu nak complain jerk... Mungkin dulu citer2 nak jadi Juri Awam tapi x kesampaian. Huhu...
Untuk kawan-kawan yang dah ada anak tu, juga untuk aku sendiri marilah kita sama-sama jaga anak-anak kite, biar dia jadi anak yang berguna untuk Agama, Bangsa dan Negara.. Amin... Untuk yang masih belum dan masih merancang, anak tu Anugerah Tuhan yang paling bermakna dalam hidup.. jgn kite sia-siakan kehadiranya. Dia juga lah nanti yang akan membela dan menjaga kita di hari tua nanti. Insyaallah.....!!!
Selamat hari Bapa untuk ayah.. Semoga ayah lebih sihat dari hari ini. Kakak tak dapat balik untuk smbut bersama. Tapi hujung Julai nanti kakak ambik cuti panjang bawak Zara balik untuk jaga ayah. Ayah mesti rindu sangat kat dia.... Zara baru baik demam. Rupanya tumbuh gigi lagi... Tunggu tau ayah..!!!


Zara masa 11 bulan

Zara Latest.. (Minggu Lepas)

Masa balik Kampung bulan 4 hari tu..


Zara Latest.. Suka melaram (Ahad lepas)

Kat Genting bulan 4 hari tu..

Zara 10 bulan...


Zara 1 tahun 5 bulan... comel kan?



Apa pun, aku bersyukur Tuhan Anugerahkan aku dan suami, Permata yang tak ternilai harganya. Moga Zara jadi anak yang bijak pandai & akan jaga Ibu dan abah nanti.... Ibu sayang sngat kat Zara.... Sabtu ni kite gi jalan2 k...mmmuaahhss...

3 comments:

  1. ala noli, pedulikan anasir2 itu msk telinga kanan kuar telinga kiri, asalkan anak kita sihat, tumbesaran dia tak terbantut, dan yg penting anak2 kita tu kita besarkan dengan duit kita sendiri, betul tak he he he, kalau zara dah pandai cakap aku suruh dia mintak ibu dia beli baju ke rantai ke ibu dia dapat kutu bulan ni hik hik hik

    ReplyDelete
  2. wah~ mengimbas kembali nmpak!! (^_^)

    ReplyDelete
  3. Danishumaira : hahha.. sib baik dia x tahu cakap lagik.

    Cintamyra : pengalaman tu kak... seram beb!

    ReplyDelete