Tuesday, June 23, 2009

Raja Buah


Durian merupakan “Raja Buah” di kalangan buah. Nama saintifik bagi durian ialah Durio Kutejensis. Pokok buah durian yang tua berketinggian 100 kaki manakala pokok durian yang muda berketinggian kira-kira 20-30 kaki. Buah durian mempunyai permukaan kulit yang berduri. Ada sesetengah buah durian yang berwarna hijau kekuningan manakala sesetengah yang lain berwarna hijau keperang-perangan. Terdapat beberapa jenis buah durian yang dikenal pasti iaitu nasi kunyit, emas kertas, hutan, kucing tidur, gula batu, jantung. “Ripan anghe” dan “Ohiop”. Kesedapan isi buah durian mengikut kepada jenis buah durian itu sendiri. Isi durian juga berwarna kuning keemasan. Pokok durian mengambil masa 7 tahun untuk mendapatkan buahnya. Untuk mendapatkan buah yang baik, kita perlu menanamnya di kawasan berbukit. Biasanya berat durian mencapai 1 hingga 2 kilogram.

cam kenal jer model ni kan??!!! (haha..)

Air kosong yang diisi di dalam pangsa durian boleh diminum kerana habuk isinya yang tertinggal di dalam pangsa boleh menyekat rasa panas apabila kita memakannya. Selain itu, musim buah durian sama dengan musim buah rambutan iaitu bulan Mei, Jun dan Julai. Biji buah durian juga boleh ditanam dan mengambil masa yang lama untuk tumbuh, manakala biji buah durian kahwin mengambil masa yang singkat untuk tumbuh.

Hahha.. Info what?!! Tambah pegetahuan. Pu3, Ibuhani ngan danishumaira semua citer pasal durian... aku pun nak citer gak. Aku ni mmg hantu durian. Dulu kat kampung, sarapan pun aku makan durian. Ni setelah 2 tahun aku pantang makan durian. Musim kali ni aku x kan sia-siakan. Masa musim durian 2oo7 aku pregnant. Mak mertua aku bagi makan seulas jer. Itupun perut aku memulas-mulas lepas makan. Tahun lepas plak, anak aku masih breastfeed. Aku masih lagi menahan diri... tapi tahun ni, tak tunggu lama. Mak mertua baru letak jer kat dapur, aku dh suruh suami aku kopek..., sebijik tu aku boleh abiskan sorang2.. Haha.. buruk lantak betul....!!! Zara memula takut tgok durian. Yer lah kan baru 1st time dia tgok pahtu berduri-duri plak... aku ajak gak dia makan. Barulah dia berani sket. Itupun duduk jauh2...Pahtu aku ajar minum air dalam pangsa... tak nak berenti lak dia minum.. adessss....!!!

3 comments:

  1. sejak bila ibuzara ni jadi penyelidik asal usul durian ni. dah mcm saintis lak..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Hahahha.... Ilmu tu kak...korang pun x tahu.. Makan jer durian tu.. heheheh

    ReplyDelete
  3. wei sama la kita noli, ingat lagi dulu 2 kali pregnant pandang je durian tu tau, sekarang hu hu hu aku balas dendam 2 biji durian untuk aku sorang je he he he, mintak2 cik asthma tak datang la kalau dtg kau siap sedia la GL ye ha ha ha

    ReplyDelete