Friday, September 11, 2009

Salam Aidilfitri


Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita


Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya


Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban


Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya


Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Sumber: selekta


##Salam Hari Raya untuk semua rakan-rakan tersayang.

## Moga Hari Raya ini lebih merapatkan silaturahim dan ukhwah kita bersama. Mohon ampun dan maaf jika tersilap bicara dan kata, sama ada sengaja ataupun tidak.

##Hati-hati dijalan raya buat teman-teman yang akan pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga dan saudara tercinta. Moga dapat mengubat rindu bertemu ayah bonda sepanjang kalian di rantau orang...(aku arr tu...)..


~Kutujukan khas juga buat rakan se-blog~

:: Cintamyra ~ balik kelantan nanti jgn lupa buah tangan.

:: Danishumaira ~ Hang dgn Putri bongsu sekampung kan?? Jaga Bangi elok2 k....(hihihi)

:: Putri Bongsu ~ Jgn gaduh2 dengan Danishumaira.. Korang buat lah shift sapa jaga mlm / siang..

:: Ibuhani ~ Tak ajak rakan2 seblog buat lawatan sambil belajar ke kolam akak ker raya nih??

:: Ct Sue-ayang ~ ti mintk maaf lives la masa last day yer kak.....

:: reflection ~ agak2 lepas raya ni dapat makan nasik minyak tak geng???
:: Mawar ~ agak bersarang blog akak tu.... nak raya nih, harap dapatlah bersih2 kan sikit.
:: Zaidah Zass ~ Open house tawon ni berapa haribulan kak???

3 comments:

  1. Sapa kata put3 bongsu takde kg...ni yg nk marah ni.wakaka...

    ReplyDelete
  2. oit aku balik Klang la, betul2 sapa kata pu3 tak de kg tu KG SG MERAB kg jugak tu tul tak pu3. aku ada gak byk tol nak lalu pu3 tol apa ek he he he, eh moonlight aku ko jgn eksen la aku ty amy ko raya kat sg merab dulu kan he he he

    ReplyDelete
  3. baru perasan soalan tuh.
    hoho, nasi minyak? nasi lumur minyak boleh x? :p

    ReplyDelete