Wednesday, February 29, 2012

Adnan Sempit 2

ADNAN SEMPIT 2


Adnan Sempit 2
Pengarah : Ismail bob Hashim
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi, Komedi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 23 Februari 2012
Durasi : 89 min
Audio : Dolby
Format : 35mm


SINOPSIS ADNAN SEMPIT 2
Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya.

Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan. Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka.

Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan.

Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?

Tuesday, February 28, 2012

Gambar persandingan Lisa Surihani dan Yusry


Corat coret mengenai Majlis Resepsi Lisa dan Yusry

Majlis resespi mereka dihadiri 1500 tetamu

Pelamin yang diinspirasi daripada Ratu Perancis, Marie Antoinette ini disediakan oleh KS Entourage.

Gaun labuh berwarna ‘champagne’ yang dipakai Lisa direka khas oleh Putra Aziz dari Butik Cosry. Difahamkan gaun yang menggunakan kain lace organza dan batu swaroski ini diilhamkan daripada gaun pengantin diraja, Kate Middleton.

Persalinan tradisional Yusry turut direka oleh Putra. Difahamkan songket dari Nor Atikah Songket yang dipakai Yusry pada malam itu berharga kira-kira RM15,000.

Ketika hendak duduk di pelamin, Yusry nampak begitu romantik apabila mencium tangan Lisa.

Difahamkan, Yusry mahupun Lisa tidak pernah melihat busana pengantin pasangan masing-masing sehinggalah sebelum majlis resepsi berlangsung. Malah, ketika sesi ‘fitting’ pun, mereka tidak pergi bersama-sama kerana inginkan kejutan.

sumber: gua.com.my

Wednesday, February 22, 2012

Gemersik Kalbu TV3

GEMERSIK KALBU (1 - 24 TAMAT)

GEMERSIK KALBU(TV3)
Slot: Akasia,
Mula Tayangan: 2 Januari 2012
Masa Tayangan: 7.00malam.
Hari Tayangan: setiap hari Isnin hingga Khamis.
Pelakon:Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani, Khatijah Tan
Manggantikan drama: TENTANG DHIA (1 - 28 TAMAT)








SINOPSIS GEMERSIK KALBU(TV3)

Ikuti kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?


SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2012/01/gemersik-kalbutv3.html#ixzz1sqDHsJXw

Monday, February 20, 2012

Nora Elena TV3




DRAMA NORA ELENA (TV3)
slot: AKASIA
Mula Tayangan: 9 Mei 2011
Hari Tayangan: setiap hari Isnin hingga Khamis
Masa Tayangan: 7.00malam.
Menggantikan Drama : CINTA ANTARA KITA
Episode: 24 episod
Pelakon: Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen
Sumber: budiey.com dan jiwang.org



LAGU TEMA OST DRAMA NORA ELENA

  1. Dan Bila Esok - Sofaz - download mp3
  2. Sesuatu yang Berbeza - Sofaz
  3. Biar Hati yang Mencintai - Sarah Aqilah - download mp3
  4. Terhenti Di Sini - Asfan - download mp
  5. Berubah - Erry Putra & Reen Rahim - download mp3
  6. Jangan Kau Pergi - Erry Putra & Reen Rahim


IKUTI KISAH DRAMA MENGGANTIKAN DRAMA NORA ELENA = DEWA CINTA
= http://www.perekacerita.com/2011/06/dewa-cinta-tv3.html



''Hakikatnya, aku suami dan kau isteri.Perkahwinan ini adalah simpulan mati..
Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua..sama ada awak nak jadi isteri saya sepenuh ke, setengah ke, suku ke, saya terima,
saya redha" ~~Seth~~




SINOPSIS DRAMA NORA ELENA (TV3)

NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf — Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).

Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.

Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar?

Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia, dan segala persoalan akan terjawab menerusi drama baru NORA ELENA, yang bakal menemui penonton pada 9 Mei 2011, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00malam, di slot Akasia, hanya di TV3.




SINOPSIS NOVEL KASIH YANG SUCI

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

untuk sapa2 yang nak baca novel Kasih yg suci secara online tapi dia ada skip beberapa pages
http://books.google.com.my/books ... v=onepage&q&f=fals

SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2011/05/nora-elena-tv3.html#ixzz1sqXxUo9Y

Sunday, February 19, 2012

Sinopsis BFF Teman Tapi Mesra (TV3)


Sinopsis BFF Teman Tapi Mesra (TV3)

BFF Teman Tapi Mesra berkisahkan Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Selepas SPM, Iskandar diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.

Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka. Selepas berkahwin mereka berpindah ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun mereka tinggal berasingan

Iskandar dengan kerjayanya dan Shahidah pula berpeluang berkerja dengan pereka fesyen pujaanya, Elaira. Di kala ada masa terluang, mereka akan berjumpa dan bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Tapi tidak pernah berbual tentang cinta. Hanya berbual tentang impian mahu menjadi yang terbaik dalam industri yang mereka ceburi.

Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.

2 tahun sudah berlalu, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Namun, hasrat mereka terpaksa ditangguhkan kerana ibu Shahidah meninggal dunia.

Hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat. Lalu Iskandar sedar bahawa Shahidah bukan lagi teman baiknya tetapi juga pasangan hidup yang lengkap. Iskandar telah jatuh cinta kepada teman baiknya sendiri. Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) pulak…

Apakah kesudahannya? Di bawah arahan Amy Maziah, ikuti drama menarik 8 episod ini setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

DOWNLOAD BFF TEMAN TAPI MESRA @

http://kozumiro.com/sinopsis-bff-teman-tapi-mesra-tv3/

Friday, February 17, 2012

Cakes Bufday 1 tahun


Ni cakes pertama Adik Am.. on his 1year bufday 16 Feb 2012... Sponsered by Mak Cha.. (TQVM)..huhu....


Ni cake pertama Kakak on her 1st year old bufday.. Sponsered by my sis Anem.. Tqvm! order online... http://wizzcakes.blogspot.com/ sedap & cakes kak wizz chantex2.... ((promo!!))

Thursday, February 16, 2012

Daulat Tuanku

Awan Nano – Hafiz AF7




Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Suke VideoClip Awan nano nih.. Pastu Lirik dia pon sngat2 puitis... Tengok Video dgn Lirik baru faham jalan citer dia... Tacingg!!!

Tahniah Hafiz : Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 26, 2011