Tuesday, February 28, 2012

Gambar persandingan Lisa Surihani dan Yusry


Corat coret mengenai Majlis Resepsi Lisa dan Yusry

Majlis resespi mereka dihadiri 1500 tetamu

Pelamin yang diinspirasi daripada Ratu Perancis, Marie Antoinette ini disediakan oleh KS Entourage.

Gaun labuh berwarna ‘champagne’ yang dipakai Lisa direka khas oleh Putra Aziz dari Butik Cosry. Difahamkan gaun yang menggunakan kain lace organza dan batu swaroski ini diilhamkan daripada gaun pengantin diraja, Kate Middleton.

Persalinan tradisional Yusry turut direka oleh Putra. Difahamkan songket dari Nor Atikah Songket yang dipakai Yusry pada malam itu berharga kira-kira RM15,000.

Ketika hendak duduk di pelamin, Yusry nampak begitu romantik apabila mencium tangan Lisa.

Difahamkan, Yusry mahupun Lisa tidak pernah melihat busana pengantin pasangan masing-masing sehinggalah sebelum majlis resepsi berlangsung. Malah, ketika sesi ‘fitting’ pun, mereka tidak pergi bersama-sama kerana inginkan kejutan.

sumber: gua.com.my

No comments:

Post a Comment