Friday, March 30, 2012

SeDiH

1) Sedey Plak bile katenye shila nak dirotate kan... ermm.. dah alang2 tinggal sebulan....!!!
2) Tapi paling sedih dgn apa yg aku dapat hari nih... bukan lagi berita.. tp kenyataan dan bukti yg ada di depan mata.. Masalah di mana2.. di sana sini.... sakit kepala, sakit hati.. rasa nak tumbuk org pon ada!..

Nape lah bodo sngat masa tu... tu ar ckp org xnak dengar.. ikut kepala dia je... dah cakap nnti mnyesal x sudah.. skrg kan dah tahu akibat nye,... kalau dia sorang yg rasa sakitnye dgn apa yg dia buat xper... ni babitkan org lain.. HAMPEH tol!!!.... adess... camne nak berhujung minggu kalau kene berlakon konon2 tak tahu.. tapi.... huhhh....

Earth Hour & Pizza

Jom sokong Earth Hour esok...!! Tapi nak tengok Bunga2 Syurga @TV3 camner nih?.... Hahaha... Nak citer pasal Earth Hour tahun lepas.. mmg kelakar sngat... Masa tu aku dalam pantang kat kampung (segamat).... Hubby balik hujung minggu & nak celebrate our 4th Anniversary... Kite org keluar la sekjap mlm tu nk pi beli Cake & Pizza.. Masa lalu kat jalan tu nmpak Pizza gelap jer... tp nmpak la ada lampu2 kecik dlm kedai tu....So, aku ckp la kat En suami " Pizza tutup la bang, gak nyer sbb banjir aritu .." masa tu segamat baru pas kene banjir January 2011.... then, kiteorng pon balik.. bila smpai umah tengok umah jiran2 semua gelap... baru lah aku tingat Earth Hour... So, Pizza tu tak tutup lah rupanye,,, Hahahha....


Thursday, March 29, 2012

Hang Out

Hang Out with kid.. 29/3/2012... Saja ambik cuti and pi jalan2 ngan dorang... Hubby pi settle urusan bank, pi makan2, pi anta service kete....syok gak cuti on week day.. lengang jee jalan.... yg aku nak hi-ligt.. Hang Out with kete worksyop...!!! walau nmpak buruk... laju woo..

AirCond dia lak walau paling kecik setting.. sejuk kemain!!!... bleh beku... Hahaha... We have Fun today!

Ibu & abah loves u Kakak & Adik.. Be a Good Gurl & Boy!! Mmuaahss...

Wednesday, March 28, 2012

Awal dan Scha Akhiri Penantian

Selepas membuat lamaran secara mengejut di Propaganza, nampaknya Awal Ashaari dan Scha telah menetapkan tarikh pernikahan mereka. 4 Mei 2012 dipilih sebagai tarikh keramat dan bersejarah buat merpati sejoli ini. Manakala, Hotel Pullman, Putrajaya bakal menjadi saksi bagi pasangan ini untuk diijabkabulkan dan majlis resepsinya pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei ini. Berita gembira tersebut telah disampaikan sendiri oleh kedua-dua belah pihak pada sidang media khas yang diadakan di AmpWalk, Jalan Ampang kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Awal yang ditemui jelas terpancar kegembiraannya dan tidak sabar lagi untuk menamatkan status bujangnya selepas menjalinkan hubungan cinta dengan Scha selama dua tahun enam bulan. Walaupun dihimpit dengan jadual kerja yang sibuk dan tidak menentu, pasangan ini tetap bersyukur kerana niat mereka untuk berumah tangga akan menjadi kenyataan.


scha.jpg

Untuk makluman semua, perkahwinan pasangan ini bakal mendapat tajaan dari Bateel Asia iaitu pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa. Lebih 1,750 cenderahati bernilai RM 60,000 bakal diedarkan kepada tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Selain itu, Astro Ria juga bakal bertindak sebagai penyiar rasmi bagi kedua-dua majlis pernikahan dan persandingan bagi pasangan ini.

Majlis pernikahan tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi Saluran 104 dan resepsi perkahwinan pula akan dirakam untuk siaran episod khas. Kepada Awal dan Scha, tahniah diucapkan dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat!

Copy from : era.fm (Tq)

Tuesday, March 27, 2012

April 2012


Can't wait for this coming April....

1) Department Retreat

2) Lovely Hubby Beday!

3) Family Gathering, CH here i come!....

huhu...

Monday, March 26, 2012

Secretary Week 2012


Welcome to a World of Exclusive Privileges! We have our very own PUTERI PRIVILEGES CLUB, a loyalty rewards program specially designed to show our appreciation towards our valued company’s bookers. Every booking of room or event you channel to us will enable you to redeem points. It would give you the chance to escape yourself to an island, have a candlelight dinner, get a birthday cake, sunbathe by the beach, pamper yourself at our spa, buy presents for your loved ones and so much more! Now that members can enjoy privileges not only

at The Puteri Pacific Johor Bahru and Persada Johor International Convention Centre, but also at Sibu Island Resort, Selesa Johor Bahru, Selesa Pasir Gudang

and Selesa Beach Resort Port Dickson.

“Put value to your bookings today”

Kindly visit rewards.puteripacific.com for more information.

Aku anak Kampung - Jimmy Palikat

Lagu nih aku tgok masa RajaLawak 2 minggu lepas... Pastu kat Suria FM pon sehari dekat 5 Nam kali dngr... Syok Plak... Layann...

Memang aku ini anak orang miskin
tiada apa-apa yg dapatku berikan
engkau memang cantik memang tidak padan
dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
kuli kuli sahaja memang tidak padan
cantik bha kau itu banyak yg tergoda
lagi orang kaya

Chorus
tiada keretaku bawa ko jalan-jalan
rumahku pun teda ada pun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup ko kan sengsara
kerana aku cinta
aku lepaskan ko sama
orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah ko cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti ko menyesal tiadalah guna

Resepi: Nasi Serai

Semalam 25 March 2012.. Our wedding Anniversary ke 5..
(ameen.. Moga berkelalan dan dirahmati OlehNya)... I just try to cooked for my hubby... Nasi Serai yang x cukup bahan, Chicken Curry, ayam masak kicap for my kid... errmm sedap gak!.. huhu.. Untuk geng nak cuba let try the resepi kat bawah nih... sedap tau..!! Thanks to Kak Ros for the recepies... yummies!

Or u oll bleh tgok kat page nih utk resepi2 sedap yg lain...
http://rozisalehin.blogspot.com/2009/01/resepi-nasi-serai.html


BAHAN-BAHAN:
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia2 cm lengkuas(kisar semua bahan di atas)
8 batang serai
Sedikit minyak masak
1 1/2 sudu besar garam
400 gm beras basmati
Air

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian kisar bahan yang ditumis hingga naik bau.
  2. Masukkan air sehingga bahan-bahan tadi mendidih.
  3. Masukkan garam dan serai.
  4. Selepas itu masukkan beras basmati dan tunggu sehingga masak. Sesekali kacau hingga nasi serai tadi masak.
sebutir kata:
Confidence on the Outside begins by Living with Integrity on the Inside.

Ceramah Agama



Mini Karnival 2012, UniKL MFI

Unit Keusahawanan & Alumni, Jabatan Hal Ehwal Mahasiswa, UniKL MFI akan menganjurkan satu program seperti maklumat berikut:

MINI KARNIVAL 2012

Tarikh : 27-28 March 2012 (Selasa – Rabu)

Tempat : Sekitar Ruang Legar & Showroom 2

Acara yang akan diadakan:

· 27 March 2012 : Taklimat Keusahawanan.

· 28 March 2012 : Ceramah Ketrampilan Diri.

Pihak kami dengan kerjasama dari LPPKN akan menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma dan khas untuk wanita sesi mammogram secara percuma untuk semua staff dan pelajar UniKL MFI.

Jemputan khas dari Kolej Komuniti juga khas buat wanita yang berminat untuk membuat tempahan jahitan baju, jahitan manik dan labuci serta macam-macam lagi.

Jemputlah datang beramai-ramai ke gerai pameran dan gerai jualan seperti Prudential, Takaful Ikhlas, Avon, Tupperware, Herbalife & Aneka Produk Kecantikan dan lain-lain lagi.

Kene ambush...!!! Hahaha...

Tak sesuai pon tajuk nih.. Tapi saja bikin panas... Hahhaaha... Kene Sport Check beb tadik.. tapi aku kan Jujur, Telus, Halus Mulus.. jawab je la kan... !!!

So, ayat panas minggu ini "Ko Kenal aku tak???...." Layan!




 Link & Sharing is caring!!! : 

Friday, March 23, 2012

Bicara Hati - Astro Prima



BICARA HATI (ASTRO PRIMA)
HARI: setiap Selasa,
MASA: 9.00 malam
MULAI: 3 Januari 2012
EPISOD: 26 episod
PELAKON: Cris Cempaka sebagai Zahlia, Sharnaaz Ahmad sebagai Tengku Shahran, Marsha Milan Londoh dan Mislina Mustafa.
MENGGANTIKAN DRAMA: SURIA DI CORDOBA (1 - 26 TAMAT)



DOWNLOAD DRAMA BICARA HATI (ASTRO PRIMA)
Bicara Hati Episod 01 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 02 = DOWNLOADBicara Hati Episod 03 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 04 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 05 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 06 = PART1, - PART2
Bicara Hati Episod 07 = DOWNLOADBicara Hati Episod 08 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 09 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 10 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 11 = DOWNLOADBicara Hati Episod 12 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 13 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 14 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 15 = DOWNLOAD
Bicara Hati Episod 16 =
Kredit: jiwang



SINOPSIS BICARA HATI (NOVEL)
DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai. Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.

Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2012/01/bicara-hati-astro-prima.html#ixzz1sqCVKKan