Wednesday, March 28, 2012

Awal dan Scha Akhiri Penantian

Selepas membuat lamaran secara mengejut di Propaganza, nampaknya Awal Ashaari dan Scha telah menetapkan tarikh pernikahan mereka. 4 Mei 2012 dipilih sebagai tarikh keramat dan bersejarah buat merpati sejoli ini. Manakala, Hotel Pullman, Putrajaya bakal menjadi saksi bagi pasangan ini untuk diijabkabulkan dan majlis resepsinya pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei ini. Berita gembira tersebut telah disampaikan sendiri oleh kedua-dua belah pihak pada sidang media khas yang diadakan di AmpWalk, Jalan Ampang kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Awal yang ditemui jelas terpancar kegembiraannya dan tidak sabar lagi untuk menamatkan status bujangnya selepas menjalinkan hubungan cinta dengan Scha selama dua tahun enam bulan. Walaupun dihimpit dengan jadual kerja yang sibuk dan tidak menentu, pasangan ini tetap bersyukur kerana niat mereka untuk berumah tangga akan menjadi kenyataan.


scha.jpg

Untuk makluman semua, perkahwinan pasangan ini bakal mendapat tajaan dari Bateel Asia iaitu pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa. Lebih 1,750 cenderahati bernilai RM 60,000 bakal diedarkan kepada tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Selain itu, Astro Ria juga bakal bertindak sebagai penyiar rasmi bagi kedua-dua majlis pernikahan dan persandingan bagi pasangan ini.

Majlis pernikahan tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi Saluran 104 dan resepsi perkahwinan pula akan dirakam untuk siaran episod khas. Kepada Awal dan Scha, tahniah diucapkan dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat!

Copy from : era.fm (Tq)

No comments:

Post a Comment