Friday, March 2, 2012

Tablet : Toshiba

pix_gal0
MENJELANG kemunculan tahun baru 2012, Toshiba mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan produk tablet pertamanya bagi siri REGZA menerusi dua model iaitu tujuh dan 10 inci.

Saiz paparan skrin tujuh inci diketengahkan menerusi model AT1S0 manakala saiz 10.1 inci menerusi model AT100.
Mengikut aliran pasaran tablet ketika ini, Toshiba buat julung kalinya menggunakan sistem operasi Android 3.1 Honeycomb.
Seperti produk tablet lain di pasaran, AT1S0 dan AT100 dilengkapi ciri paparan sesentuh skrin resolusi tinggi yang menepati keperluan hiburan masa kini.

Skrin lebar tablet REGZA menggunakan format 16:10 pada resolusi 1,280 x 800 piksel yang mana boleh digunakan mengikut mod potret dan landskap.

Ia turut disokong teknologi video eksklusif Toshiba dikenali “AutoView and Resolution” bagi membolehkan tontonan video dinikmati pada tahap maksimum dan menarik.

Rakaman video menerusi kedua-dua model tablet Toshiba itu turut dipertingkatkan dengan fungsi dua kamera Definisi Tinggi (HD), iaitu lima megapiksel dengan flash LED untuk kamera belakang dan dua megapiksel kamera depan.
Selain diperkukuh dengan sistem operasi Android, AT1S0 dan AT100 turut dibangunkan dengan teknologi grafik NVIDIA GeForce yang menepati kehendak peminat permainan komputer.

Teknologi Swype pada tablet Toshiba ini juga memastikan proses menaip pada papan kekunci maya lebih selesa dan cekap.

Seperti sebilangan produk tablet di pasaran ketika ini, tablet REGZA juga memiliki ciri sambungan USB 2.0, port HDMI dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna.

No comments:

Post a Comment