Tuesday, April 3, 2012

Bawaku Pergi – Kaka ft Zizan

Baru-baru ini kecoh bila ada yang mengatakan bahawa lirik lagu ‘Bawaku Pergi’ nyanyian Zizan dan Kaka yang dihasilkan oleh Malique perlu diharamkan kerana membawa unsur negatif yang boleh mendorong remaja melarikan diri dari rumah. Aku pon memula dengar cam nyampah gak, bukan nyampah apa.. sbb radio dok ulang2.. 8 jam kat ofis dekat 6x dengar... masa tu aku x ambik tahu pon pasal lirik dia.. yang terngiang2 kat telinga "buku merah jgn lupa bawa, moga2 blom tamat tempoh"... sempat gak la tnye kat Shila.. buku merah tu apa shila?.. haha... Kak ea plak minggu lepas kate.. tu lagu lari dari umah la.. buku merah tu passport dia... "Oooooo....." tu jwpn aku... tetibe Ahad aritu dengar dorang nak haramkan plak.. so, baru lah hari ni aku dok carik lirik dia,,, TQVM to www.liriklagumuzika.com

Pengharaman lagu ini nanti pasti akan memberi kesan pada penyanyi dan pencipta lagunya. Juga turut akan memberi kesan pada industri muzik tanahair.

Jom kita tengok lagu liriknya :


Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan munkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
hero sudah sampai, cepat terjun dari oteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyetaan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggal kemewahan cuba cara hidup urba
lari lari baling bola salji depan ga
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Bila kita pergi
apakan berlaku
siapakan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

So... apa comment korang lakss....????

No comments:

Post a Comment