Wednesday, April 25, 2012

Nora Danish Doakan Kebahagian Fasha Sandha Dan Jejai


Fasha Sandha, Gambar Nikah Fasha Sandha, Nora Danish, Jejai, GUA, Majlis Pernikahan Fasha Sandha, Gambar Seksi Nora Danish

Nora Danish doakan kebahagian Fasha Sandha dan Jejai sedangkan tanggal 29 April 2012 Fasha Sandha dan Jejai kahwin di Bali? Majlis pernikahan Fasha dan Jejai di suatu tempat yang dirahsiakan. Nora Danish selaku bekas isteri Jejai doakan kebahagian mereke berdua bersama dan apakah perasaan Nora Danish? Nora Danish yang ditemui oleh wartawan GUA mengesahkan beliau tidak hadir ke majlis perkahwinan bekas suaminya dan mengakui yang beliau tidak menerima kad jemputan serta bakal menunaikan umrah ketika majlis itu berlangsung.

Walaupun tidak dapat kad jemputan dan bakal menunaikan umrah, Nora Danish tetap mendoakan majlis tersebut dinikmati keindahan bersama oleh pengantin ;

“Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari,” ujar Nora Danish

“Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama.”

Apabila Nora diajukan soalan tentang anaknya Putera Rayqal Ramli akan hadir bersama di majlis tersebut dan boleh menerima Fasha Sandha sebagai ibunya , ini kata beliau ;

“Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang, sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai.

“Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya ‘aunty’ saja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang.”

Dan Nora Danish memberikan ucapan selamat pengantin baru kepada Fasha Sandha dan Jejai. Sempat juga membuat sedikit lawak ;

“Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.”

Saya respek sama itu Nora Danish, sentiasa berlapang dada dan menerima segalanya. Kematangan Nora Danish menjawab soalan – soalan yang diajukan memang terserlah.

copy from : http://busuk.org/ping/view/139903 (tqvm)

No comments:

Post a Comment