Wednesday, April 18, 2012

warna merah kurangkan selera


kajian ahli akademik Jerman dan Switzerland menunjukkan hidangan yang disaji dengan menggunakan pinggan atau cawan berwarna merah dapat membantu mengurangkan selera makan atau minum seseorang sebanyak 40%. para saintis berpendapat, warna merah yang sering dikaitkan dengan keadaan bahaya, berhenti dan larangan menjadi sebab mereka kurang makan. dalam kajian yang dilakukan, sebanyak 41 pelajar lelaki diminta minum teh dari cawan berwarna merah dan biru. sebanyak 44% pelajar yang mengambil cawan berwarna merah didapati kurang minum.

Sumber : iSIHAT April 2012
*image is googled

No comments:

Post a Comment