Tuesday, June 19, 2012

Lirik Lagu Tanpamu – Amir Jahari (Amir AF9)


Selamat Pagi Semua,
Dengarkanlah nada,
Suara dan irama,
Yang menyakitkan telinga

Embun pagi yang lembut,
Menyentuh pipi yang gebu,
ow… ow..

Saat 7 pagi,
Akan ku tersedar,
Mungkin kerana kau,
Aku dapat merasa…

Embun pagi yang lembut..
menyentuh pipi yang gebu,

Tanpamu,
ku kan terlewat,
Tanpamu,
ku kan sedih,
kerana kau lah penyelamat,
dan akan sentiasa di hati…

HappY BufDay 2 my Sista!


HaPPY Bufday to my SisTa

"Acik"

twenty second a minutess..huhu..Tua Suda kamu!

May God bless u.. and Happiness through the year ahead...

Monday, June 18, 2012

Salam Nisfu Syaaban

"Padahal Kepada Orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah!" (Surah Al-Maaidah Ayat 50).

..dan moga tahun ini mendapat Rahmat dan KeberkatanMu Ya Allah... Ameen!









Comparing Key Features Of The Samsung Galaxy Note And HTC One X

Samsung Galaxy Note

HTC X-One

The Samsung Galaxy Note and the One X are a couple of the more impressive phones on the market. In this post I will take a look at a few of the main features of these models to find out how they stack up against one another.

FOR IMMEDIATE RELEASE

PRLog (Press Release) - Jun 13, 2012 -
The Samsung Galaxy Note and the One X are a couple of the more impressive phones on the market. In this post I will take a look at a few of the main features of these models to find out how they stack up against one another.


Processor
The HTC One X is the very first HTC handset to incorporate a quad-core processor. At 1.5GHz, it's amongst the most powerful handsets on the market with regards to processor power. This technology suggests the overall performance of the phone is top notch in regards to software and hardware alike. The Galaxy Note has a 1.4GHz dual-core processor, which although considerably less powerful compared to the HTC One X, is still very impressive and at the time of the Samsung Galaxy Note's release, meant it was one of the most powerful smartphones out there.


Screen
The Galaxy Note is famous for the superior quality, and definitely the dimensions of its display. It's got AMOLED capacitive technology that is also found in the Samsung Galaxy S3, as well the new Galaxy S3. The screen measures 5.3 inches, so lots of people view it as a cross between a smartphone and a tablet. The touchscreen on the One X is a bit smaller than this, but still sizable at 4.7 inches, and features IPS LCD2 capacitive touchscreen technology and it is the very first HTC device to do so. Both of these screens have high pixel resolutions, and so are able to display full HD videos.


Software
The Galaxy S3 comes with the previous version of Android installed, called Gingerbread, but there's now an update for the new Ice Cream Sandwich variation. The HTC One X has this recent variant installed as standard. As the two devices run Android, there are clearly a great number of customisation possibilities as well as downloadable applications from Google Play (formerly called Android Market). Additionally, both the phones run their particular manufacturers’ custom Android interfaces over the top of the default Android OS, known as Samsung TouchWiz and HTC Sense, respectively. These supply each handset with an alternative appearance to the standard Android OS, and also additional downloadable content like apps and widgets that are optimised for each phone, along with multimedia content from HTC Hubs and Samsung Hubs where users can download videos and TV shows, songs and eBooks, magazines and newspapers and so on.

Obviously, both the Galaxy Note and the One X provides a selection of notable specifications. While the HTC One X is superior on paper, as the considerably newer device, the Samsung Galaxy Note ought to be the first option if searching for a phone with a much bigger display.

Take a look at more Samsung Galaxy Note Reviews:
http://samsunggalaxynotereviews.co.uk/the-samsung-galaxy-...
and HTC One X Deals:
http://www.phoneslimited.co.uk/HTC/One+X.html


--- end ---

Doa Buat Kekasih - Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim



KI:
Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

RS:
Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

( korus )

KI & RS:
Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

KI:
Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

RS:
Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

( ulang korus )

I'm Like A Bird by Nelly Furtado

You're beautiful, that's for sure
You'll never ever fade
You're lovely but it's not for sure
That I won't ever change
And though my love is rare
Though my love is true

[Chorus:]
I'm like a bird, I'll only fly away
I don't know where my soul is, I don't know where my home is
(and baby all I need for you to know is)
I'm like a bird, I'll only fly away
I don't know where my soul is , I don't know where my home is
All I need for you to know is

Your faith in me brings me to tears
Even after all these years
And it pains me so much to tell
That you don't know me that well
And though my love is rare
Though my love is true

[Chorus]

It's not that I wanna say goodbye
It's just that every time you try to tell me that you love me
Each and every single day I know
I'm going to have to eventually give you away
And though my love is rare
And though my love is true
Hey I'm just scared
That we may fall through

Teguh - Kasawari

Biarpun engkau jauh
Kasihku tetap teguh
Walaupun telah hilang
Engkau masih dalam ingatan

Malamku yang panjang
Hatiku yang suram
Terkelip-kelip memikir kesudahan

Kita berpisah bukan direncana
Bukanlah kehendak kita
Semua suratan takdir
Yang penuh dengan kesedihan

Aku yang diajar tentang ketabahan
Serta kesabaran di dalam mencarimu

Di sini aku menyendiri
Susuri badai penuh pilu
Dan ada juga ketika kukebingungan
Terkapar-kapar mencari pegangan
Di dalam arus kehidupan
Kuyakin akan bertemu jalan penyudah
Tuhan yang lebih mengerti

Lirik Lagu Untuk Dia – Sleeq ft. Najwa Latif

[Sleeq]
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Engkau Punya Gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

[Sleeq]
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

Wednesday, June 6, 2012

Melabur Emas


Di artikel sebelum ini yang bertajuk Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu), disebut tentang: “Akhir-akhir ini, dek kerana harga emas dan perak yang melambung tinggi serta kejatuhan wang fiat di sebelah Barat, orang ramai berpusu-pusu menukarkan sebahagian harta mereka ke dalam bentuk emas dan perak kerana kedua logam berharga ini kalis inflasi. Keghairahan fenomena ini turut menyumbang kepada keadaan di mana peti simpanan deposit di bank-bank sekitar Kuala Lumpur dan Selangor penuh!”

Dalam artikel kali ini, segala-galanya tentang emas, logam berharga ciptaan Allah akan dikupas. Baiklah sebelum cara menjana keuntungan dengan emas dibicarakan, keistimewaan melabur dengan emas disenaraikan dan dibincangkan satu persatu.

Pertama, emas mempunyai nilai tinggi di sisi masyarakat kerana warna kuning nya yang cantik dan sifatnya yang lembut dan mudah dibentuk. Selain itu, emas adalah satu-satunya logam yang dianggap kekayaan terulung disebabkan sifatnya yang tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh dibakar, reput, busuk dan berkarat. Di sinilah emas dikategorikan sebagai penyimpan kekayaan terulung dunia. Sesuatu yang boleh dibinasakan seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan bukanlah penyimpan yang baik. Wang kertas pula boleh dimanipulasikan oleh kerajaan dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang telah bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan, mengakibatkan negara tersebut mengalami hyperinflation. Kadar inflasi di negara malang tersebut menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%! Tetapi emas, penyimpannya akan kekal kaya selaman-lamanya.

Kedua, emas mengekalkan kuasa belinya dalam jangka masa yang panjang. Baiklah, sedikit cerita pada zaman Rasulullah SAW. Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar. Agak-agaknya berapa harga kambing pada tahun 2012? 1 dinar! Tidak percaya? Baiklah, mengikut harga emas pada masa artikel ini ditulis, harga 1 dinar emas adalah dalam RM719. Bukankah ia adalah harga jualan kambing yang ideal? Sekiranya anda terlebih rajin, kunjungilah pembekal daging kambing di Dengkil, ada beberapa di sana dan anda akan dapati bahawa mereka menggunakan dinar emas sebagai medium jual beli kambing. Itulah kehebatan emas.

Ketiga, Salah satu daripada sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah dengan melihat kepada tren peningkatan harga emas yang semakin menjadi-jadi sejak 10 tahun kebelakangan ini. Berdasarkan graf di bawah; harga emas telah meningkat daripada 271.50 USD/Oz kepada USD1900.30/Oz. Ini merupakan kenaikan 600% (bersamaan purata 60% setahun!). Untuk pengetahuan semua, emas adalah komoditi yang didagangkan di pasaran dunia. Harga semasa dan rekod harga emas yang lepas emas boleh dilihat di www.kitco.com dengan pantas.

Keempat, emas mudah ditukarkan kepada tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai di kedai pajak gadai Islam Ar-Rahnu. Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa. Untung, bukan?

Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam, pembelian emas dalam negeri dapat membantu aliran mata wang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes, merupakan aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga serta banyak lagi kehebatan melabur dalam emas. Cukup sampai di situ, kita beralih cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Secara am, terdapat dua cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu pelaburan secara emas fizikal dan pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas Pelaburan emas secara fizikal pula dibahagikan kepada tiga iaitu syiling emas, jongkong emas dan barang kemas. Syiling dan jongkong emas adalah pelaburan emas yang baik tetapi bukan barang kemas kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut dan apabila ia ingin dijual kembali, ia akan dikenakan susut nilai antara 25% sehingga 40%. Di Malaysia, disenaraikan institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan antaranya:

  • Maybank: syiling Kijang Emas
  • UOB Bank: syiling emas dan jongkong emas
  • Public Gold Marketing Sdn. Bhd: syiling emas dan jongkong emas
  • Public Dinar: dinar emas
  • Dinar Emas Kelantan: dinar emas Kelantan
  • Kedai emas: Poh Kong, Habib Jewel, Tomei dan banyak lagi.

Bagi pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan emas pula, biasanya ia ditawarkan oleh institusi perbankan. Pelabur akan membeli emas mengikut harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam buku akaun. Ada bank yang menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dan ada juga yang tidak, antaranya ialah:

  • Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i: satu-satunya pelaburan emas yang patuh Syariah, menawarkan emas fizikal kepada pelabur, serta menawarkan pengeluaran emas fizikal dengan serta-merta setelah membuat pembelian ataupun menyimpan emas tersebut ke Kuwait Finance House.
  • Maybank gold Investment Account (GIA): Pelabur tidak mendapat emas fizikal sewaktu membeli emas MGIA sebaliknya jumlah pembelian emas akan dicatatkan dalam buku. Maybank juga tidak menawarkan kemudahan pengeluaran emas fizikal.
  • Akaun Deposit Emas CIMB Bank: Pelabur tidak mendapat emas fizikal sebaliknya nilai emas yang dibeli akan dicatatkan di dalam buku akaun deposit emas anda. Walau bagaimanapun CIMB menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal kepada pelabur akaun deposit emas mereka.
  • Akaun Pelaburan Emas UOB Bank. Terdapat 2 jenis akaun pelaburan emas yang ditawarkan iaitu Akaun Simpanan Emas dan Akaun Emas Premier. Akaun Simpanan Emas ini adalah bagi mereka yang ingin membuat pelaburan kecil manakala Akaun Emas Premier dikhususkan kepada mereka yang mempunyai lebih banyak wang.
  • Al Rajhi Bank Gold-i: Emas yang ditawarkan adalah emas PAMP Suisse. Al Rajhi gold-i cuma ditawarkan kepada pelanggan yang banyak duit (mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 di dalam akaun Al Rajhi) sahaja.

Adakah anda sudah yakin untuk melabur dalam emas? Tunggu dulu, ada beberapa perkara yang perlu diketahui apabila berbicara tentang emas. Pertama ialah spread yakni perbezaan antara harga belian dan jualan (dalam %) atau dalam perkataan yang lebih mudah ialah susut nilai emas. Anda akan untung cepat jika membeli emas yang berharga lebih mahal tetapi mempunyai spread yang kecil berbanding daripada membeli emas pada harga yang murah tetapi mempunyai spread yang lebih besar. Kedua ialah ketulenan emas. Kebanyakan emas pelaburan di Malaysia mempunyai ketulenan 999.9. Ini kerana emas 999.9 adalah emas yang tulen mutunya. Bagi barang kemas pula, gred emas yang biasa digunakan ialah emas 916 kerana ia keras dan tahan lasak.

Ketiga ialah kesediaan stok. Selalunya, produk pelaburan emas yang baik berhadapan dengan masalah stok terutamanya apabila masa harga emas jatuh. Contohnya, Kijang Emas 1 Oz dan syiling emas UOB bank 1 Oz. Ini kerana syiling-syiling emas ini digemari berikutan spread nya yang rendah. Seterusnya, ada faktor-faktor lain yang perlu dititikberatkan. Contohnya, ada bank yang tidak membenarkan plastik salut emas dibuka atau emas tidak boleh calar atau sumbing. Ini boleh menimbulkan masalah kepada anda yang berazam untuk menjadi pelabur emas agresif. Bagi pembeli emas keluaran Public Gold, mereka lebih selamat kerana plastik cover jongkong emas tersebut boleh dibuka. Public Gold akan menerima balik emas mereka walau calar, bengkok, resit pembelian hilang atau sijil emas tersebut hilang. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emas sendiri dan mereka boleh melebur dan membuat semula emas tersebut.

Sekarang, anda pasti runsing, yang mana satu kah pelaburan paling baik? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Pakar-pakar emas menyarankan orang ramai supaya membeli emas fizikal kerana pertama, ia boleh digadaikan sekiranya anda memerlukan wang kecemasan. Tetapi jika anda menyimpan di akaun simpanan emas, anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian (terutama apabila anda terdesak untuk mendapatkan tunai untuk tujuan kecemasan). Kedua, emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan. Ketiga, jika anda ingin menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu, anda memerlukan emas fizikal.

Walau apa sekalipun, yang paling penting ialah untuk terjebak dalam skim pelaburan emas! Sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas, ada yang menawarkan pulangan setiap bulan sehingga 2% – 3% setiap bulan, harga emas mereka adalah jauh lebih tinggi daripada harga emas semasa dan moto penjualan mereka ialah duduk diam-diam pun boleh dapat duit. Sekiranya anda terjumpa dengan syarikat yang menawarkan pulangan lumayan, minta nombor pendaftaran syarikat tersebut terlebih dahulu. Sekiranya business plan adalah anda perlu cari pelabur lain untuk dapat komisen, itu sudah cukup untuk membuktikan yang ia adalah skim pelaburan emas sampah!

Yang terakhir ialah zakat emas.

Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

(At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu zakat emas yang disimpan dan emas yang dipakai dan zakat emas yang dipakai. Untuk zakat emas yang disimpan, sekiranya emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram dan tidak pernah dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Untuk zakat emas yang dipakai, ia tidak diwajibkan zakat tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja tidak termasuk batu permata.

Selamat melabur emas!

Rahsia Teh HIjau


“Teh hijau?”

“Err, the tarik sedaplah kot!”

Ramai yang mencebik dan yang menolak untuk menikmatinya di kala minum petang disebabkan bau teh hijau yang agak kuat berbanding jenis-jenis teh yang lain.

Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan camellia sinensis. Ia berasal dari NegaraChina dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas hingga ke seluruh dunia. Teh ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan pergunungan beriklim sejuk. Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 hingga 8 meter. Daun teh berbentuk bujur panjang dengan gerigi halus pada pinggirnya. Daun teh berwarna hijau manakala bunga teh berwarna putih dengan serbuk sari berwarna kuning.

Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?

Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Antara manfaat minum teh hijau ialah:

  • Lembutkan kulit- Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

  • Lindungi kulit- Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

  • Pelindung memori- Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

  • Pencegah kanser- Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

  • Memanjangkan hayat- Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

  • Menurunkan berat badan- Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

  • Mencegah penyakit gigi-Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.
  • Mencegah keracunan makanan- Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

  • Menurunkan tekanan darah- Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.

Samsung GALAXY S III

{Sponsored Video}: Introducing Samsung GALAXY S III : A Day in the Life

Sponsored Video: Introducing Samsung GALAXY S III : A Day in the Life. Pada bulan 4 yang lepas, pihak samsung telahpun melepaskan update terbaru mereka terhadap Samsung Galaxy Note iaitu Ice Cream Sandwich dan tidak terkecuali pada kali ini pula pihak Samsung dengan bangganya memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Samsung GALAXY S III yang bertemakan A Day in the Life. Secara asasnya ia bertajuk begini iaitu “Introducing Samsung GALAXY S III : A Day in the Life”

Secara asasnya Samsung GALAXY S III ini ber-feature-kan skrin HD Super AMOLED, microSD hingga 64GB, kamera hadapan 1.9MP, kamera belakang 8MP, Android OS, v4.0.4 (Ice Cream Sandwich), processor Quad-core 1.4 GHz Cortex-A9, menggunakan GPU Mali-400MP, Dropbox (50 GB storage) dan lebih penting ia membawakan skrin seluas 4.8 inches (~306 ppi pixel density). Rasanya kalau hendak dihitung spesifikasi Samsung GALAXY S III yang diberikan ini sudah dikira sangat berkuasa pada ketika artikel ini ditulis.

Samsung GALAXY S III

Samsung GALAXY S III

Dibawah ini adalah kata kata yang dinukilkan khas untuk Samsung GALAXY S III untuk menunjukkan betapa ia sangat berbaloi untuk pengguna yang akan memiliki Samsung GALAXY S III ini. Tahniah buat mereka.

Experience a day in the life of the GALAXY S III, and how it plays an intimate role with you and your loved ones. It sees. It listens. It knows. It’s the GALAXY S III, designed for humans and inspired by nature. Evoking the elements of wind, water and light, the minimal organic design provides a natural fit both in your hands and life. The brilliant HD Super AMOLED display is a visual treat for sharing precious moments captured with the intelligent 8-megapixel camera.
And that’s just the beginning – Samsung

Dibawah entry ini akan disediakan video promosi untuk menunjukkan secara jelas akan kebaikkan dan kelebihan yang terdapat didalam Samsung GALAXY S III. Sangat menarik. Banyak betul perkara yang boleh dilakukan dengan Samsung GALAXY S III ini. Tidak percaya? Boleh lihat video yang disediakan dibawah.

Selepas melihat video dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Samsung GALAXY S III bolehlah mengunjungi laman ini.

http://www.samsung.com/global/galaxys3/



Agnes Monica – Teruskanlah

Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Reff :
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu

Back to reff.

Hoo.. Hooo

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu

Teruskan lah… teruskan lah..

Hampa - To'ki

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku sedang menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai menggoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayangan kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna dari sejak mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Oh... oh... oh

Lagu Sedih - VIP

Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun taklah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar
Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

Chorus
DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Katakan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta
Untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukan ku lagu sedih
Tujukanku lagu sedih

Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau ku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi
Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

Ku bukakan stereo
Internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara
Hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilanganmu
Ulang
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

Tuesday, June 5, 2012

June Suda!

Assalamualaikum...

Kesibukan melanda dan hati yang gundah gulana tak kisah dah nak update blog... hari ni barulah berkesempatan... dan hati pon mula reda...

Tapi kenapa??? bukan ke apa yang terjadi adalah ketentuan darinya... apapon walau x sempat nak ucap, hati selalu dan sedia sayang selagi darah yang mengalir adalah dari waris yang sama.. Mungkin kini dia tahu mana yang fakta, mana yang Fake! Moga tenang dan berada di samping org2 yang beriman... al-fatihah! Namun hingga hari ni masih x percaya yg dia telah pergi.. masih terbayang tutur bicara & gelak tawanya.. Hingga hari ini masih tak dapat menitiskan airmata. bukan x sedih.. tapi masih lg x percaya yg dia telah pergi... jauh disana.. bertemu yg maha Esa.

Pada si pembawa cerita a.k.a si tukang karut. Moga cepat sedar, insaf sebelum terlambat. Apa yg berlaku jika masih lagi tak menyedarkan hati kau yg busuk lagi hitam tu sesungguhnya kau ibarat..... aku tak tahu apa nak ibaratkan dah ko nih...

Pada sipengikut setia si tukang karut pon, cepat sedar.. sblm situkang karut lagi jauh menambah cereka yg direka... jgn terikut mcam pantang joget si kuda belang... boleh naik syeah nnti... susah nak bawak berubat.. tukang karut tak kan henti dgn drama nye.. kerna dia mmg dah dijanjikan utk jd si karut smpai bile2...